Sunday, October 10, 2010
Congkak.
Saturday, October 9, 2010
Kuda Kepang
Ketua persembahan akan mengunakkan pecut untuk menentukan rentak tarian. Setiap penari akan kemudian naik ke kuda masing-masing. Apabila rentak muzik menukar menjadi lebih lincah, penari-penari akan berjoget dengan langkah-langkah yang aneh seperti melompat-lompat, bersilat, dan sebagainya. Mengikut kajian saya, ramai mempercayai bahawa jikalau rentak muzik tidak menjadi lebih lancar detik demi detik, penari-penari akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.
Gamelan.
Perkataan "Gamelan" datang daripada perkataan Java,"Gamel", yang bermakna pemukul. Berasal dari Java tengah, persembahan gamelan selalu diadakan bersama dengan persembahan tradisional yang lain - Silat, tarian melayu, wayang kulit, dan sebagainya.
Gong diperbuat oleh tembaga, besi ataupun peruggu. Semua pemain gamelan akan duduk bersila.Satu set gamelan yang penuh terdiri daripada 17 alat-alat muzik. Antarannya ialah - Kendang, Saron, Gambang, Gong, Clempung, dan Suling.
Berbudi Bahasa
Masyarakat Melayu memang terkenal dengan sifat sopan santun dan berbudi bahasa.
Setiap bangsa mempunyai cara adat-adat budaya melayu yang tersendirian. Bagi budaya melayu, kami menghormati satu sama lain supara tidak tersinggung hati mereka.
Seperti memberi salam apabila tereserempak rakan-rakan atau saudara-mara, menjemput makan kepada orang tua kami apabila bermakan bersamaan. Juga kami menghormati orang tua kami dengan bersalam mereka supaya mereka tahu menghormati mereka.
Kita dinasihati supaya tidak menggunakan kata-kata sesat kerana ia dianggap dosa. Dengan mengalas kata-kata kami, ia menandakan tanda hormat kepada saudara-mara islam kami. Kita juga dinasihati untuk jangan suka cakap tentang keburukkan peribadi dan bergurau atau mengusik orang lain.
Wednesday, October 6, 2010
Bunga Telur.
Mengikut adat lama, telur akan direbus dengar air yang berwarna. Ini kerana ianya dipercayai untuk memberi seri kepada telur. Untuk menyediakan joran telur, buluh dan kertas warna diperlukan. Buluh ini akan diraut menjadi lidi sebelum dibalut dengan kertas warna.
Gubahan bunga yang cantik akan dihias di puncak joran. Telur yang sudah direbus akan digantung pada jarun. Ia dianggap sebagai buah pada bunga.
Perbuatan bunga telur dapat mencerminkan aspek kehidupan orang melayu. Telur dianggap untuk melambangkan kesuburan dan bunga yang mekar pula membawa makna ketulusan dan kejujuran tuan rumah menerima tetamy yang datang untuk meriahkan majlisnya.
Telur dapat melambangkan keindahan majlis. Joran pula melambangkan tiang layar yang berkembang, yang membawa makna pengertian prinsip dan pendirian hidup orang melayu. Batang joran melambangkan harapan tuan rumah agar ikatan silaturahim terus kukuh sepanjang masa.
Baju Kurung dan Kebaya
Pada zaman dahukum ramai wanita aku memakai baju kebaya yang mempunyai kain batik bercorak bunga. Kebaya dapat memberikan kesan badan yang langsing. Baju kurung samada bercorak, bermanik-manik, bersulam atau pun yang kosong memang sesuai untuk dipakai ke apa-apa acara - ke masjid, ke malawat, ke rumah kawan, ke majlis perkahwinan, dan banyak lagi. Di hari ini, pelbagai corak baju kurung dan kebaya yang boleh didapatkan di mana-mana sahaja. Baju kurung dan kebaya tidak lagi terhad hanya pada satu jenis rekaan. Ada yang perbuat dari kain songket, kain sari, kain sutera, dan banyak lagi. Manik-manik halus dijahit pada corak untuk menambahkan lagi keayuan pengguna.
Ia, memang senang untuk mendapatkan sebarang baju kurung dan kebaya di mana-mana kedai malayu zaman sekarang. Tetapi, harga- harganya semakin meningkat tahun demi tahun!
Wednesday, September 22, 2010
Hari Raya
Setiap pagi raya, aku tidak akan gagal untuk bagun, pergi ke masjid. Kedengaran suara Takbir membuatku menitiskan airmata - aku teringatkan arwah nenek yang sudah pergi lima tahun yang lalu. Sebelum ajalnya, dia pasti akan tidur lambat menghabiskan masa menyediakan ketupat, rendang, dan ayam masak merah pada setiap malam raya. Aku rindu saat saat aku sekeluarga pergi rumahnya setiap kali selepas solat hari raya di majid.
Monday, July 26, 2010
Silat
Ianya terbahagi kepada dua aspek - Tanding, dan seni. malah, ia bukan sering dilatih untuk mempertihankan diri sahaja. Sering kali, silat pengantin akan dipersembahkan di majli-majlis perkahwinan melayu, tidak kira lelaki ataupun perempuan.