Saturday, October 9, 2010

Kuda Kepang


Kuda kepang berasal dari Java, Indonesia. Persembahan kuda kepang biasa diadakan di tempat yang luas atau pun pentas yang besar. Ia sering dimainkan di majlis perkahwinan.

Ketua persembahan akan mengunakkan pecut untuk menentukan rentak tarian. Setiap penari akan kemudian naik ke kuda masing-masing. Apabila rentak muzik menukar menjadi lebih lincah, penari-penari akan berjoget dengan langkah-langkah yang aneh seperti melompat-lompat, bersilat, dan sebagainya. Mengikut kajian saya, ramai mempercayai bahawa jikalau rentak muzik tidak menjadi lebih lancar detik demi detik, penari-penari akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

No comments:

Post a Comment