Sunday, October 10, 2010

Congkak.


Satu permainan tradisional melayu yang amat dikenali oleh semua budaya ialah congkak. Ia dipanggil "Congklak" di Indonesia, "Dhakon" di Pulau Java dan "Sungka" di Philippines. Congkak juga dipercayai bahawa nama asalnya datang daripada perkataan, "congak", yang bermaksud mengira secara mental di dalam bahasa Melayu dahulu.
Selain daripada itu, mengikut kajian saya, congkak diperbuat oleh kaum nelayan kerana badan congkak berbentuk seperti sampan. Dan ia dipercayai bahawa congkak dibuat untuk menghilangkan rasa bosan si Nelayan apabila musim hujan, dan mereka tidak dapat pergi memancing.
Permainan ini bukan sahaja menjadi permainan untuk mengisi masa lapang tetapi dapat melatih pemain-pemain berfikir dengan pantas. Permaianan ini amat baik untuk digunakan sebagai alat bantuan mengajar dalam pelajaran Matematik.

No comments:

Post a Comment