Wednesday, October 6, 2010

Bunga Telur.

Dari sebesar-besar majlis hingga sehalus-halus bunga rampai, semuanya mempunyai lambang dan maksud yang tersembunyi. Bunga telur mempunyai sebagai suatu lambang terima kasih.
Mengikut adat lama, telur akan direbus dengar air yang berwarna. Ini kerana ianya dipercayai untuk memberi seri kepada telur. Untuk menyediakan joran telur, buluh dan kertas warna diperlukan. Buluh ini akan diraut menjadi lidi sebelum dibalut dengan kertas warna.
Gubahan bunga yang cantik akan dihias di puncak joran. Telur yang sudah direbus akan digantung pada jarun. Ia dianggap sebagai buah pada bunga.
Perbuatan bunga telur dapat mencerminkan aspek kehidupan orang melayu. Telur dianggap untuk melambangkan kesuburan dan bunga yang mekar pula membawa makna ketulusan dan kejujuran tuan rumah menerima tetamy yang datang untuk meriahkan majlisnya.
Telur dapat melambangkan keindahan majlis. Joran pula melambangkan tiang layar yang berkembang, yang membawa makna pengertian prinsip dan pendirian hidup orang melayu. Batang joran melambangkan harapan tuan rumah agar ikatan silaturahim terus kukuh sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment