Wednesday, September 22, 2010

Hari Raya

Pada saat ini, umat-umat Islam pasti akan meminta maaf antara satu sama lain. Isteri memohon ampun dari suami, anak-anak kepada ibubapa, nenek dan datuk dan sebagainya.

Setiap pagi raya, aku tidak akan gagal untuk bagun, pergi ke masjid. Kedengaran suara Takbir membuatku menitiskan airmata - aku teringatkan arwah nenek yang sudah pergi lima tahun yang lalu. Sebelum ajalnya, dia pasti akan tidur lambat menghabiskan masa menyediakan ketupat, rendang, dan ayam masak merah pada setiap malam raya. Aku rindu saat saat aku sekeluarga pergi rumahnya setiap kali selepas solat hari raya di majid.

Selain daripada itu, aku amatlah gembira kerana akhirnya aku dapat menjamu selera sepuasnya selepas 30 hari berpuasa. Pada pendapat aku, hari raya membawa segala umat Islam bersama - saudara-mara yang sudah lama tidak ku temui, kawan-kawan yang tidak sangka untuk menjadi saudara jauh, dan ramai lagi.


Bukan setakat itu sahaja tetapi hari raya ialah bulan yang penuh dengan memaafkan dan melupakan. Kebanyakkan umat Islam akan memaafkan satu sama lain atas segala kebencian, dosa samada di depan atau di belakang, dan akan melupakan peristiwa yang lama dah mulakan
silaturahim yang lebih suci dan rapat.

Monday, July 26, 2010

Silat

Silat ialah satu aspek budaya melayu yang amat saya kenali. Saya mula bersilat sejak lapan tahun yang lalu.
Silat berasal dari kawasan Indonesia - Malaysia. Percaya atau tidak, sejak dahulu lagi, kebanyakkan jurus-jurusan silat banyak diambil dari gerak-geri haiwan yang sedang berlawan. Guru guru silat percaya bahawa gaya silat pertama direka dari gerak-geri haiwan-haiwan.
Ianya terbahagi kepada dua aspek - Tanding, dan seni. malah, ia bukan sering dilatih untuk mempertihankan diri sahaja. Sering kali, silat pengantin akan dipersembahkan di majli-majlis perkahwinan melayu, tidak kira lelaki ataupun perempuan.
Di hari ini, terdapat pelbagai perguruan silat. Antaranya yang terdapat di Singapura ialah Seni Silat Olahraga, Sendeng Pukulan, Setia Hati Ehsa, Alhaq, Tapak Suci, Warisan Pendita Suci, dan banyak lagi.
Silat semakin berkembang luas, berjaya untuk ke peringkat kejohanan antarabangsa. Banyak pertandingan-pertandingan silat sudah dilangsung di pelbagai negara-negara. Walaupun Silat tidak dapat menjadi salah satu acara sukan bagi Sukan Olimpik, Silat menjadi salah satu acara sukan di Pertanding Sukan Sea, ASEAN Indoor Games, dan juga Asian Beach Games. Juga, pertandingan Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa juga diadakan di Singapura setiap pertengahan tahun.